Wednesday 23 March 2011

salma mentor

Mentor 5 yang dikatakan bakal mengegarkan industri seni tanah air kini menyerlahkan penyanyi yang mempunyai suara lantang dan vokal yang tinggi iaitu Salma yang lahir dari tawau Sabah.Kemantapan vokal Salma amatlah tidak dapat dinafikan lagi selepas dia membawa lagu nota nota yang tinggi dan ia sangat memberangsangkan... Lagu 'yang terindah hanya sementara' nyanyian asal Erra Fazira yang dinyanyi kembali oleh Salma telah membuktikan kejayaan dia dalam membawa lagu berentak biasa.






bukti nyanyian Salma yang berkelas antarabangsa. enjoy!!>>>>









Tuesday 22 March 2011

Datuk Anuar Ibrahim video sex

Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tegas membantah bahawa ia adalah orang dalam video seks, mengatakan bahawa ini merupakan "serangan keji" pada dirinya.

"Saya pasti menyangkalnya," kata Pemimpin Pembangkang.

Anwar mengatakan dia telah diberitahu bahawa lelaki di video itu terlihat mirip dengandia tapi dengan perut yang lebih besar.


-dipetik dari the star online-
ketika Datuk Anuar ibrahim menjawab dan memberi keterangan dalam sidang akhbar,beliau tenang dan sempat tergelak kerana itu sememangnya bukan dia.benar!
berani kerana benar,takut kerana salah...Datuk juga telah memfailkan saman di mahkamah..










kita sendiri ada otak kan,fikir lah mana yang baik dan mana yang buruk.
fitnah menfitnah merosakkan jiwa bangsa !!!

Friday 18 March 2011

A&W

Dalam tengah membeli belah di Dataran Pahlawan Melaka semalam,terlihat lah 1 advertisement nie di restauran A&W yang agak funny lah advertisement nye...
a&w sedang mempromosikan produk terbarunya iaitu>XXXTRA HOT SAUCE COMBO<
nampak mcm sedap,ape kata korg semua pergi makan sambil memberi feedback kepada saya nnti...


jangan korang semua terbakar akibat terlalu pedas sudah lah yea....:-)

Dataran pahlawan melaka


Dataran Pahlawan di Bandar hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 februari 1956.Di hadapan dataran ini terdapat memorial pengistiharan merdeka
Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran pahlawan selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, GSC. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu MAHKOTA PARADE dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu hotel Equatorial Melaka, Kota A famosa dan menara taming sari.
















 selamat membeli belah disini dan melawat melaka beerti anda melawat malaysia..!