Thursday, 7 April 2011

Asnawi's theory-about the judgement day-

main point is about NOTHING TO SOMETHING
-as we all know the building is made up from clay, shale, soft slate, calcium cilitate, concrete, or shaped from quarried stone. this what i said nothing...
-to something is from the bricks that we made off,we build high building which is have intensity,mass.
then it will impact the mass of world.






                                                             -that only my theory-

Wednesday, 23 March 2011

salma mentor

Mentor 5 yang dikatakan bakal mengegarkan industri seni tanah air kini menyerlahkan penyanyi yang mempunyai suara lantang dan vokal yang tinggi iaitu Salma yang lahir dari tawau Sabah.Kemantapan vokal Salma amatlah tidak dapat dinafikan lagi selepas dia membawa lagu nota nota yang tinggi dan ia sangat memberangsangkan... Lagu 'yang terindah hanya sementara' nyanyian asal Erra Fazira yang dinyanyi kembali oleh Salma telah membuktikan kejayaan dia dalam membawa lagu berentak biasa.






bukti nyanyian Salma yang berkelas antarabangsa. enjoy!!>>>>









Tuesday, 22 March 2011

Datuk Anuar Ibrahim video sex

Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tegas membantah bahawa ia adalah orang dalam video seks, mengatakan bahawa ini merupakan "serangan keji" pada dirinya.

"Saya pasti menyangkalnya," kata Pemimpin Pembangkang.

Anwar mengatakan dia telah diberitahu bahawa lelaki di video itu terlihat mirip dengandia tapi dengan perut yang lebih besar.


-dipetik dari the star online-
ketika Datuk Anuar ibrahim menjawab dan memberi keterangan dalam sidang akhbar,beliau tenang dan sempat tergelak kerana itu sememangnya bukan dia.benar!
berani kerana benar,takut kerana salah...Datuk juga telah memfailkan saman di mahkamah..










kita sendiri ada otak kan,fikir lah mana yang baik dan mana yang buruk.
fitnah menfitnah merosakkan jiwa bangsa !!!

Friday, 18 March 2011

A&W

Dalam tengah membeli belah di Dataran Pahlawan Melaka semalam,terlihat lah 1 advertisement nie di restauran A&W yang agak funny lah advertisement nye...
a&w sedang mempromosikan produk terbarunya iaitu>XXXTRA HOT SAUCE COMBO<
nampak mcm sedap,ape kata korg semua pergi makan sambil memberi feedback kepada saya nnti...


jangan korang semua terbakar akibat terlalu pedas sudah lah yea....:-)

Dataran pahlawan melaka


Dataran Pahlawan di Bandar hilir merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 februari 1956.Di hadapan dataran ini terdapat memorial pengistiharan merdeka
Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran pahlawan selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, GSC. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu MAHKOTA PARADE dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu hotel Equatorial Melaka, Kota A famosa dan menara taming sari.
















 selamat membeli belah disini dan melawat melaka beerti anda melawat malaysia..!


Monday, 20 December 2010

Perigi Hang Tuah


Perigi Hang Tuah terletak di KAMPUNG DUYONG, MELAKA ini dikatakan mempunyai kaitan dengan HANG TUAH seorang pahlawan yang terkemuka di NUSANTARA ini pada Zaman KESULTANAN MELAYU MELAKA (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada asalnya PERIGI ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. AIRNYA sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.


Gambar pemandangan sekitar perigi HANG TUAH yang tentunya amat klasik yang mempunyai banyak papan kenyataaan yang menceritakan salasilah perigi HANG TUAH ini...





Kalau dah berjalan sambil cuti2 melaka ni tak sah lah kalau tak singgah ke kedai yg berhampiran untuk membeli ole-ole untuk kawan-kawan dan sanak saudara...Disekitarnya mempunyai gerai yang menjual berbagai-bagai kraftangan,makanan tradisi orang melaka seperti CENCALOK,BELACAN,INANG2,DODOL,dan macam-macam lagi,kalau pandai bercakap dapatlah kurang harga dari penjual..




Kepada pengunjung yang ingin menginap di Kampung Duyong,disini juga ada menyediakan kemudahan motel yang agak berpatutan harganya dan disini juga ada rumah tradisional yang mengikut 100% ciri rumah Melaka dahulu dan boleh la membawa seluruh ahli keluarga bagi mengenal reka bentuk rumah melaka pada cuti ini...



Sunday, 19 December 2010

Kampung Duyong Melaka


pemandangan yang pasti menyegarkan setiap mata yang memandang,inilah kampung halaman ku..kampung duyong..tempat yang menjadi sejarah dalam penubuhan negeri melaka,apa tidaknya,kampung yang terkenal dengan sejarah HANG TUAH..wah bangga juga dilahirkan kan dan dibesarkan dengan kampung yang penuh sejarah ini...
wah2 akibat terlalu cinta akan keunikkan anugerah ciptaan ilahi....jadi hargailah ia...huuhh




sangat saujana mata memandangkan...inilah keseronokan duduk di kampung...huhu
enjoy!!