Ayam Golek memang sudah sinonim di mana-mana sahaja di Malaysia dan berasal dari Negeri Arab, Ayam Golek juga memang sudah terkenal di negara kita terutamanya pada bulan puasa dan hampir semua tempat di pasar ramadhan, boleh dikatakan ada saja orang yang berniaga Ayam Golek, tetapi lain pula Ayam Golek Sri Duyung,
Ayam Golek Sri Duyung ini dibuka pada setiap hari tanpa cuti bagi memudahkan pengemar-pengemar Ayam Golek untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa mengira waktu, jika diperhatikan mungkin ada sedikit perbezaan pada Ayam Golek ini, ianya tidak dibakar secara bulat seperti kebiasaan yang kita lihat, Ayam Golek Sri Duyung ini dibelah badannya terlebih dahulu, diperap, untuk beberapa waktu supaya rempahnya sebati dengan isinya bagi mendapatkan
aroma ayam golek. Sebelum dibakar ianya dibersihkan dengan baik dan barulah dibakar sehingga rata. Di Melaka Ayam Golek Sri Duyung terdapat di dua tempat iaitu di
Taman Sri Duyung Air Molek dan cawangannya di
Jalan Bukit Baru bersebelahan CIMB bank berhampiran dengan Perpustakaan Negeri Melaka,ianya sudah diniagakan hampir
15 tahun dengan
resepinya tersendiri. Jika anda dapat rasakan, rahsia sebenar resepi terdapat pada kuah ayam golek tersebut dan memang berlainan dari sos-sos yang berada dipasaran. Oleh yang demikian sejak beberapa tahun kebelakangan ini Ayam Golek Sri Duyung telah mendapat sambutan yang sangat baik, permintaannya semakin banyak dan bertambah terutama pada musim perayaan, cuti-cuti hujung minggu dan cuti umum sehinggakan pada satu-satu masa ditempah untuk sebarang majlis terutamanya
Majlis Perkahwinandibeberapa tempat sekali gus. Bagi melebarkan sayap perniagaan, Ayam Golek Sri Duyung sudah bersedia untuk
Menerima Tempahan dari mana-mana sahaja termasuk didalam dan diluar Negeri Melaka seperti Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dan untuk pengetahuan anda harga untuk se-ekor ayam golek adalah
RM16.00 dan untuk tempahan di luar dari negeri melaka akan dikenekan cas pengangkutan mengikut jarak.
CUBALAH...TRY ...DULU pasti ANDA DATANG LAGI...
No comments:
Post a Comment