andai kau tahu nawi, akan keadaan diri keluargamu, sudah tentu kau tidak melakukan perkara yang bodoh!
andai kau tahu nawi, kau seorang yang pandai, kau takkan biarkan diri kau terus bergelumang dengan dosa!
andai kau tahu nawi, dunia ini syurga bagi kaum munafik/jahilliyah,sudah tentu kau tidak berharapkan syurga duniawi, andai kau tahu nawi, kawan-kawan adalah hanya kawan-kawan dikala kegembiraan, sudah tentu kau tidak mahu kesedihan menghimpit diri tatkala mereka tiada. andai kau tahu nawi, dunia ini penjara bagi kaum nur/kebenaran, sudah tentu kau tidak mengharapkan ganjaran syurga duniawi. andai kau tahu nawi, kutukan hanyalah ingin menjatuhkan dirimu,sudah pasti kau akan biarkan ia berlalu bagai ingin lalu. hidup seumpama roda,kadang- kita diatas kadang- kita dibawah, itu lumrah dunia nawi. apa yang ko cari sebenarnya di dunia ini nawi? apa yang kau mahukan sebenarnya nawi?apa?
-kutukan mampu memecahkan gelombang keimanan-
-percayalah setiap perbuatan ada pembalasannya-
-sayangilah keluargamu, biarkan mereka tersenyum melihat kejayaanmu-
biarkan pengkritik berada dalam keadaan kebodohan mereka sendiri. bersihkan jiwa, carilah dimana nilai kemanusiaan.
-semua lumrah semula jadi-
biarkan tanganmu terus terleka dengan amal jariahmu, maka tangan itu akan membimbingmu ke jalan dimana cahaya bergermelipan berkerlipan.
sayang seribu kali sayang, kepada manusia yang terleka dengan permainan dunia. indah sungguh indah, malah ada yang menyapa disinilah syurga kita. adakah itu syurga ALLAH YA RABB???
rinduilah kemanisan iman, cintailah keamanan akhirat,sayangilah syurga hakiki. tetapi jauhilah kelalaian duniawi,pantangilah kebencanaan nafsu serakah.
PULANGLAH.
by :nawi ooh