Friday 30 November 2012

Kerana

Kerana kawan menjadi lawan, kerana hati menjadi mati, kerana mata menjadi buta, kerana tamak hilanglah segalanya :(( (Nawi,2012)

Biarlah aku explain sikit apa yang dimaksudkan dengan ayat diatas. Berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang aku lihat, daripada berkawan suatu hari nanti akan menjadi musuh kita. Kerana apa, bg diri aku, aku meletakkan kepercayaan aku 100% kepada insan yang bernama sahabat. Bila dipermainkan satu hari nanti, kita pasti akan sakit hati 100% jugak. Oleh itu sebaik mana pun sahabat anda, letakkanlah sekurang kurang 0.01% syakwasangka kepadanya. Apabila hati pernah dipermainkan oleh sahabat, apabila berbaik semula, jangan fikir hati seorang sahabat yang pernah dilukai akan baik seperti sediakala, malah sbnrnya hati dye sudah mati untuk anda, sudah tiada lagi serinya, yang tinggal hanyalah senyuman dan kebaikkan hipokrit sahaja. 


** To be continued 
xoxo



Wednesday 28 November 2012

Demam


Sesungguhnya demam dan segala sakit datang dari Allah. Harini demam agak teruk sampai mengigil satu badan. Seriously mmg tak larat. Sebab aku ade tonsil kan, bile demam tekak sakit, dan tak berselera nk makan. Sebab sbnrnya ada amik ubat dari catalyst ni. Mungkin ni hasil selepas segala toksin dibuang kud. Otak pun dah miong sebab pening yang teramat. Tp kan so far guna catalyst okay lah, xde kuar jerawat yang besar2 lagi. Kulit pun agak bersih jugak dan tidak lagi berminyak. weee.



Hoping for a good result lah. Kepada yang nak try boleh lah terus ke fb kawan yang jual product catalyst ni
http://www.facebook.com/stokis.surayasani?fref=ts

xoxo :)

Tuesday 27 November 2012

Pub life

Okay this post is quite serious post sebab me and arai masa sabtu lepas pergi ke pub dekat area sekitar melaka raya. Mula2 kitaorg bercadang nak ke Mixx yang atas mahkota parade tuu, tp disebabkan mempunyai kenalan disitu, terpaksa melupakan untuk pergi ke sana. Me dicided to go to Pub yang tkde orang kenal kami berdua. So kitaorg jalan punya jalan dekat melaka raya, jumpalah 1 pub ni. So aku mcm biasa lah segan nak tanya harga semua. At last arai yang pergi tanya, rate untuk malam tuu. Syarat untuk masuk kitaorg kene bukak bir, that chinese ckp ade heineken, dan lain lain.
Arai pun ckp lah kalau tknak minum, mcmana? That chinese ckp tetap kene bukak kalau tknak bir boleh amik coke 1jag Rm50, which mean to say sorang rm25 lah.Bila masuk dalam tuu, aku speechless sebab ramainya melayu yang minum arak dalam tuu, perempuan mabuk tengah minum bir dan mcm2 lagi lah. Kitaorang pun dapat lah air coke 1 jag dengan dua gelas cawan. Yang pasti kitaorg tak sentuh langsung air tuu sebab was was takut cawan tu digunakan juga untuk minum arak. Btw First time kud dance mcm orang mabuk, mula mula segan, 1 jam lepas tuu mula agresif dgn dance. dan 5 jam duduk dalam tuu. That's my first experience masuk pub dan taknak masuk lagi. hahahaha. Sebab malu kud dance depan orang ramai, selalu dance dalam bilik air sorg2 je. btw that will be my good experience. :)
xoxo


p/s bukan gambar sebenar :)

Colgate Total Diabetis


Diabetes and Oral Health Problems

Is There an Association Between Gum Disease and Diabetes?
For the nearly 21 million Americans that have diabetes, many may be surprised to learn about an unexpected complication associated with this condition. Research shows that there is an increased prevalence of gum disease among those with diabetes, adding serious gum disease to the list of other complications associated with diabetes, such as heart disease, stroke and kidney disease.
Is There a Two-Way Street?
Emerging research also suggests that the relationship between serious gum disease and diabetes is two-way. Not only are people with diabetes more susceptible to serious gum disease, but serious gum disease may have the potential to affect blood glucose control and contribute to the progression of diabetes. Research suggests that people with diabetes are at higher risk for oral health problems, such as gingivitis (an early stage of gum disease) and periodontitis (serious gum disease). People with diabetes are at an increased risk for serious gum disease because they are generally more susceptible to bacterial infection, and have a decreased ability to fight bacteria that invade the gums.
The Surgeon General's Report on Oral Health states that good oral health is integral to general health. So be sure to brush and floss properly and see your dentist for regular checkups.
If I Have Diabetes, am I at Risk for Dental Problems?
If your blood glucose levels are poorly controlled, you are more likely to develop serious gum disease and lose more teeth than non-diabetics. Like all infections, serious gum disease may be a factor in causing blood sugar to rise and may make diabetes harder to control.
Other oral problems associated to diabetes include: thrush, an infection caused by fungus that grows in the mouth, and dry mouth which can cause soreness, ulcers, infections and cavities.
For More and free sample click right advertisement
xoxo

Barang dari zalora dah sampai

Haaaaaaaa (menjerit mcm dalam iklan) First time kud beli brg online. Sebenarnya aku tak berapa suka nak beli brg online terutamanya baju, seluar yang kita terpaksa memilih saiz, dek terlalu risau takut saiz yg akan kita dapat tuu tak sesuai dengan saiz sebenar kita. Bukan cakap produk menipu tp saiz kan setiap jenama lain saiznya. So aku pun beli perfume sama jacket yang tengah sale sampai 70% discount.

Selepas # hari aku order, maka sampailah barang yang aku order, pelik jugak kenapa sampai jacket sahaja. selang 2 hari selepas tuu, Nisha From Zalora telifon yang mengatakan perfume EDT Night club sudah habis stok dan belum sempat aku nak tanya mcm ni (masalah saya ke kalau dah habis stok? duit dah bayar) Si Nisha ni pun ckp kitaorg akan beri code discount yang sama harga dengan Perfume tu. Aku pun beli beg sandang Manchester United. Ni tengah tunggu lah ni, org GDEX tuu kata dalam pukul 11.30 sekejap lagi die sampai. harap cantik lah seperti jacket yg aku dpt hari tu.

p/s: Online shopping ni pun not bad sbnrnya. :)
xoxo




Bebelan

Wah entry kali ni nak cerita lah sikit perangai mak dengan abah yang suka membebel setiap hari. Ada je benda nak dibebelkan kalau ade yang tak puas hati. Yang tak bestnya kita ni lah kan sebagai pendengar. :( Malahan pagi ni pun terpaksa bangun awal sikit sebab habis dibebel oleh mak dengan abah. Bebel tuu kalau sekali takpe, ni diulang nye benda yang sama sebanyak 18 kali. hahaha, Tahu lah bebel ni terapi diri, tapi kami yang mendengar nya bukan terapi tapi berapi je. 


hahahaha. Btw tengah tengah blog walking terjumpa blog ni yang cerita pasal bebelan, boleh lah korang jenjalan jenjalan ke sana pula
xoxo, :)

the power of six

Tak sabarnye nak tunggu cerita the power of six ni. Ni sequel ke dua selepas sequel pertama dye i am number four. Aku ni memang minat cerita cerita yang ade kuasa ni, mmg pantang tahu ade filem seperti ni, mmg terus pergi ke pawagam je nanti. hahaha. btw jangan lupa nantikan filem power of six nanti. tak tengok rugi. GSC jom :) tak sabar tak sabar. eh sabar je lah, :P
XOXO



This i called extraordinary story

Perkenalan dari zaman kanak2 dan bersekolah tadika sesama, akhirnya berkahwin juga mastura ni di awal usia 20 an. 15 tahun perkenalan dengan si Gedik sorang ni, masa kitaorg umur 5 tahun, kitaorg sama2 bersekolah tadika di jambatan Duyong. Kawan aku ni masa tadika hingga sekolah rendah agak tomboi sikit. Aku yang kuat nangis. Apa2 jadi kat aku, mesti die back up aku punyerr. :') haa Teringat cerita masa sekolah tadika. Aku dengan dye tunggu abang dye dtg jemput, lambat sikit, lepas tuu, kitaorg tunggu lah kat kedai runcit sebelah tadika tuu, kedai cina lah, then ade makcik ni dtg kedai tuu beli barang, dye siap beli brg, dye nampak kitaorg tunggu depan kedai tuu, dye pelawa aku dengan mas ni naik kereta dye untuk ke rumah dye, makcik tuu siap ckp, nanti mak adik datang jemput adik kat rumah makcik.
**aku yang pada masa tuu berumur 5 tahun teringat kata2 mak yang kalau ade org bagi aiskrim ke, ajak naik kereta ke jangan amik, dan jangan ikut.
Yang si Mas ni yang perangai macam heroin filem hindustan ajak aku pergi ikut makcik tuu, aku apa lagi menangis teresak2 sebab taknak pergi mana2 dan nk tunggu sampai abang si mas ni dtg.
Kalau kat rumah pulak lain cerita si minah ni, die mengalahkan jantan bawak basikal, kemain laju lagi, **Sekarang pun bawak kereta ke motor ke pun laju mcm pelesit.
Dulu dah balik sekolah tadika, dye dtg rumah aku naik basikal dye, aku duduk belakang, #Bukan aku bawak dye. perrhhh. Jantan habis, *jangan marah ye mas.
Btw, aku sekarang sangat mahir bawak motor, hasil didikan mas. Ingat lagi masa tuu tingkatan 2, dye ade motor suzuki lama ntah mana dye dapat ntah. hahaha. Selalu lah berjalan dgn aku tiap2 petang. Yang pasti dye yang bawak aku. Pernah satu hari tuu, aku mintak dye ajar aku bawak motor, dye ajar lah cara nk bwk motor tp versi rempit, hahaha.
**Mengelabah jugak lah sebab first time kan, 1 ayat dye yang buat aku pandai bawak motor ialah 'Nak bawak motor kene berani awi' Perhh sampai sekarang ingat beb. Dalam sweet sweet nya gula gula tuu ade jugak pahit pahitnya peria. Kitaorg ade bergaduh sampai berlawan tumbuk tendang terajang larhhh. hahaha, Tak tahu lah dye ingat lagi tak, masa tuu kat atas bukit. Bermasam muka lama gilerr. huhuhu. Tapi kitaorg baik balik seperti sedia kala seperti sekarang.
For your information, dak mas ni apa je dye pernah jatuh, basikal masuk gaung masa turun bukit pernah, motor jatuh longkang pernah, kereta excident pernah, sampaikan masa tengah bergambar atas pelamin pun nak terjatuh. hahahaha. Kehidupan dye dipenuhi dengan jatuh je.
Dan nak dipendek kan cerita sampai lah persahabatan kami sehinggah sekrang, dah bergelar isteri orang pun.
#Aku doakan semoga korang berbahagia sampai bila2 dan takmoh gaduh2 ye. omey je menangis masa tuu. hahaha.
Ikhlas dari sahabat dari umur hinggusan.
xoxo :)










Friends

What a great day bila berjumpa dengan rakan selevel di blog tuah selepas setahun tak jumpa. Masing-masing dah ada interest sendiri. Boleh dikatakan semua Berubah kud. Maklumlah budak2 amik fast track terus ke degree. Heee :)
First kitaorg meet up kat Ikea Kota Damansara. Then jumpa lah budak 5 ekor 3 suku ni.:)


Sebenarnya ni first time jugak lah makan di ikea. Maklumlah orang Kampung Melaka, tkde ikea pun. Habis dijengkelkan oleh kwn2, diorg siap terang cara cara nak beli. hahahaha. Jahat Betei diorang ni. Sedih gila. Aku amik yang 10 biji meatball, harga RM10.90, diorg ckp jgn amik lebih dari 10 biji sebab konfem tak habis. Memang betul pun. ni haaa, Tadaaaa



After makan dekat Ikea, kitaorg decide nak ke karaoke sebab kami berlima mmg gilerrr karaoke. Then g karaoke kat One Utama, *bukan karaoke jamban ye. :) seorang antara kami ade yang bersuara seperti Ning Baizura. Memang kalah Ning lah. Yang chubby berbaju merah ni. #Eh lupa nk kenalkan rakan rakan aku. yang baju kotak2 tuu Atam, yang baju merah tuu Adrian Sappui, yang berseluar hitam tuu arai, and me. :btw we had so much fun at that time, sharing all the story after a year not meet each others. <3 them 



xoxo :)



Breaking Dawn Part 2 here



Aku memang gila2 suka cerita ni, walaupun tak baca novelnya, tetap suka. Apa yang aku boleh ckp cerita ni ade kelakar, romantik, aksi, mcm2 lah. Yang paling memorable part kat cerita ni, haruslah time diorang bergaduh tuu, tak boleh nk ckp sedihnya bila Alice nak kene bunuh dgn kerajaan vampire tuu, dan apabila Bella yg ade kuasa protected tuu lindungi Edward dr kene kuasa pain. Fuhhh rasa cm diorg dari kerajaan vampire yg baik plus tmbah sedih lagi bila Seth jatuh ke dalam tanah masa nak selamatkan vampire. Tapi bila tahu semua pergaduhan itu adalah hasil daripada masa depan Alice. Bersyukur sgt. hahahah. Mana tak nya, sedih kud, 4 film twilight ni tengok last2 ending dye mati. taknak lah gitew. For those yang tak tengok lagi. This is the one film that must watch and Best. Tak rugi tengok. :)
Xoxo

Lara Lagi

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu


Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja

Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia..

p/s bait bait lagu lara lagi by adira.


Begitu lah perasaan aku sekarang. Bagaimana aku berusaha untuk melupakan beberapa orang yang pernah   
yang pernah hadir dalam hidup aku. Yang pernah menjadi tempat aku meluahkan segala perasaan aku. Aku terpaksa melupakan orang orang seperti mereka. Kerana aku sedar aku bukan terbaik untuk mereka. Biar lah aku simpan segala yang aku pendam dan aku hadapi selama ini. Disebalik wajah kegembiraan terpalit kesedihan di hati yang tak terhingga. Maka dari itu, izinkan aku undur diri, dan mencari bahagia aku sendiri. :'( 

-> xoxo