Sunday 31 July 2011

Ramadan datang lagi



Genab setahun aku menunggumu ramadan,aku amat merinduimu,aku mahukan bulanmu yang mulia ini Ya ALLAH.Buat kali terakhirnya berpuasa bersama rakan2 ku di uitm ini dan ini membuatkan aku belajar bagaimana untuk menghadapi bulanmu yang mulia ini disamping duduk yang jauh dari keluarga.. Bulan ramadan banyak mengajarku erti kesabaran dalam menempuh hari2 yang penuh dengan dugaan,bulan yang mulia ini menjanjikan seribu rahmat kepada insan yang menjaga tatasusilanya. Tiada bulan yang lebih baik berbanding bulan ramadan yakni kerana pahala terlalu banyak yang dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. Aku berjanji kepada diriku sendiri untuk mengambil sebanyak pahala yang boleh pada bulan yang mulia ini disamping amalan pada malam harinya. Aku mahu merasai nikmat LAILATULQADAR itu sendiri,YA ALLAH temukanlah hambamu ini dengan malam seribu bulan itu...Aku berjanji tidak akan mensia-siakan ramadan pada kali ini dan akan memberi sepenuh perhatian pada ramadan kali ini agar aku dapat merasai kemanisan bulan ini...insya-ALLAH,sama-sama lah kita mengerjakan amalan yang mulia ini...marhaban Ya Ramadan.






2 comments: