Tuesday 3 May 2011

sensitif

sensitif



post hari ini berkisar tentang perangai sensitif seseorang yang kadangkala membawa kepada kesukaran untuk bergurau dengannya kerana takut hatinya tersuntuh dengan sebarang perilaku yang berbentuk gurauan itu sendiri. maka hari ini post yang akan saya bongkarkan ini sedikit sebanyak membantu golongan 'SENSITIF' untuk menerima atau menganggap segala gurauan hanyalah gurauan dan bukan nya untuk menyakitkan hatinya.kepada si sensitif,haruslah diingatkan bahawa sekiranya anda menganggap bahawa gurauan rakan2 anda terlalu kasar maka hayatilah bait2 kata ini...ia sangat membantu:-

"maka bersifatlah anda seperti batu bata yang mapan kepada kata2 manusia yang sangat tajam itu kerana tujuan mereka hanyalah untuk menjatuhkan kita, dan jangan sekali2 terpedaya atau terlena dengan kata2 yang tajam itu,kelak diri anda yang binasa, hanya anggap itu seperti angin lalu dan teruskan tersenyum melihat keletah manusia"





***cuba tanya diri anda adakah seronok untuk terus bersedih dan terus bersifat sensitif????jadi berubahlah sesungguhnya anjakan paradigma amat perlu dalam segala sifat mazmumah.memang benar anda ingin menjadi diri sendiri tapi jadilah diri sendiri yang bersifat suci. biarlah apa orang nak kata tentang diri anda yang berlagak baik ke tapi teruskan jadi diri sendiri yang bersifat putih suci..







yakni pada siapa yang terus bersifat positif, kejayaan sentiasa berpihak kepada nya dan mindanya akan menjadi minda kelas pertama, mampukah anda yang sensitif untuk berubah??cabar diri anda untuk berubah,terus berubah dan berubah kepada yang baik!!!!
**tak salah nk sensitif tapi jangan lah perkara kecil pun nak sentap!!!




***tidak maksudkan sesiapa2 yang masih hidup mahupun sudah tiada
***good luck guys

1 comment:

  1. penah jugak sensitif,,agak sukar dijauh..hehe i follow ur blog, follow me back if u want www.kasihzulaikha.blogspot.com

    ReplyDelete